Pengenalan 简介

Pengenalan PSS






       Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



           PSS menyediakan prasarana pembelajaran yang kondusif. PSS SJKC Choong Wen bermatlamat meningkatkan mutu kurikulum dan ko-kurikulum SJKC Choong Wen.






**************************************************************************************

Lokasi & Pelan PSS




**************************************************************************************

Objektif

2.5.1 Menguruskan maklumat.
PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan pelbagai maklumat. Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya. Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan para pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman P&P mereka.
2.5.2 Kecemerlangan Pendidikan
Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu P&P serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajarnya.
2.5.3 Penggunaan Kemudahan
Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru, serta kakitangan  sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.
2.5.4 Memupuk Tabiat Belajar
Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat membantu memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui penmcapaian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
2.5.5 Penghasilan Bahan
Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasilkan, menilai dan menggunakan pelbagai alatan / bahan untuk proses P&P.
2.5.6 Perkhidmatan Pembelajaran
Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam P&P supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan  bila-bila masa yang diperlukan. Ia boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.
2.5.7 Kemahiran Maklumat
Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar
supaya dapat  menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran
mereka.

**************************************************************************************

Jenis-jenis Perkhidmatan

Jenis-jenis perkhidmatan yang perlu ditawarkan oleh sesebuah Pusat Sumber Sekolah bergantung kepada keperluan guru-guru dan pelajar-pelajar sebagai pengguna, kemampuan kewangan dan juga bilangan kakitangan terlatih, yang ada sekolah. Pelbagai perkhidmatan yang sedia ada dalam Pusat Sumber Sekolah SJKC Choong Wen, iaitu :

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Perkhidmatan ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru dan pelajar- pelajar mendapatkan maklumat-maklumat tambahan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat diperkukuhkan dan diperkayakan. Ia juga bertujuan mengadakan kemudahan pembelajaran secara individu dengan mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar yang berbeza-beza. Semua maklumat yang diperolehi terutamanya buku-buku hendaklah diproses dan diklasifikasikan mengiku Sistem Perpuluhan Dewey dan dikatalog supaya mudah dikesan oleh pengguna. Antara pelaksanaan perkhidmatan perpustakaan sekolah ialah :
  1. Rak-rak buku hendaklah dilabel mengikut bidang ilmu tertentu supaya dapat dilihat dengan jelas.
  2. Buku-buku biasa bolehlah dipinjam dan dibawa balik oleh pengguna untuk tempoh yang telah ditetapkan. Perkhidmatan perpustakaan juga boleh mengadakah pelbagai aktiviti untuk menghidupkan suasana di Pusat Sumber Sekolah.
  3. Tiap-tiap kelas diberi peluang menggunakan perkhidmatan ini sekurang-kurangnya sekali seminggu pada waktu NILAM.
  4. Membaca dan membuat rujukan koleksi buku dan bahan bacaan lain
  5. Peminjaman menerusi kaunter pinjaman
  6. Ruang dan sudut bacaan guru murid
  7. Laluan bestari dengan pameran bertema
  8. Sudut Rakan pembaca
  9. Perpustakaan Digital melalui sistem OPAC
  10. Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di PSS mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan keperluan pengguna. Sirkulasi bahan terdiri daripada:
10.1 Pinjaman biasa
10.2  Pinjaman khas
10.3  Pinjaman berkelompok

Perkhidmatan Khidmat Nasihat / Rujukan
Perkhidmatan ini diwujudkan adalah semata-mata untuk memberi nasihat kepada semua pengguna mengenai hal yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah.  Unit ini akan memberi panduan dan tunjuk ajar mengenai proses pinjaman, pencarian bahan, lokasi bahan, merekod dan sebagainya.

Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :

    • Pemilihan bahan
    • Pencarian maklumat
    • Rekabentuk, pembinaan dan penggunaan bahan P&P
    • Penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi

Perkhidmatan Kesedaran Semasa
PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.
         Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :

    •           Laman web sekolah / PSS
    •            Keratan akhbar
    •            Muka surat kandungan majalah
    •            Bibliografi beranotasi
    •            Senarai bahan terkini
    •            Abstrak dan indeks bahan terpilih
    •            Pangkalan data bibliografi sumber PSS
    •            Pameran buku baru
    •            WeChat : sjkcchoongwen

Perkhidmatan Pendidikan Pengguna
Program pendidikan pengguna disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.

Perkhidmatan Papan / Sudut Maklumat
Akses kepada maklumat sekolah / PSS disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan di lokasi yang strategik.

Perkhidmatan Pengurusan Sumber Maklumat
Perkhidmatan ini disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.

Perkhidmatan kemudahan bilik / ruang
Perkhidmatan ini disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :
  1.        Bilik Tayangan / Audio Visual / Multimedia / Bookcafe
Perkhidmatan ini disediakan untuk guru dan murid-murid mendengar muzik sambil membaca buku. Bookcafe telah dirasmikan pada tahun 2016. Perkhidmatan ini amat bermanfaat kepada murid-murid yang berminat dalam bidang muzik iaitu bermain piano. Murid akan bermain piano pada setiap waktu rehat persekolahan. Semua murid dibenarkan membaca buku di Bookcafe dalam keadaan senyap.
Perkhidmatan TV Pendidikan (ASTRO / ”QIAO AI SI HAI”) juga disediakan di Bookcafe. Sebagai media pendidikan, TV turut memberi kesan dalam proses pembelajaran.  Perkhidmatan TV Pendidikan boleh diadakan secara langsung atau secara “off-air”.  Penggunaan secara langsung ini biasanya digunakan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai alat perakam video.  Perkhidmatan secara “off air” boleh digunakan bila-bila masa yang difikirkan sesuai kerana rancangannya telah dirakamkan terlebih dahulu. Setiap rancangan yang digunakan oleh guru-guru dan para pelajar sama ada secara langsung atau secara “off –air” mesti dicatatkan di dalam Buku Rekod Penggunaan TV Pendidikan.  Rekod ini dapat membantu pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah mengetahui tahap penggunaan program media ini.
  1.        Pusat Akses Kendiri / Self Access Learning (SAL)
SAL bermaksud Self Access Learning iaitu ruang bagi murid menjalankan pembelajaran secara kendiri. Perkhidmatan ini disediakan untuk kemudahan murid mengakses Internet bagi pembelajaran di luar waktu sekolah. Melalui sudut ini juga disediakan beberapa koleksi seperti:
  1. Koleksi rujukan mengikut tahap dan mata pelajaran
  2. Koleksi alat permainan dalam (indoor games)
  3. Koleksi Kad SAL
  4. Karel (sudut bacaan individu) dengan kemudahan audio
  5. Pameran bertema
  6. Ruangan penggunaan Chromebooks di setiap meja
  1.       Sudut Bercerita / Aktiviti
Sudut bercerita atau aktiviti merupakan sudut interaksi bersama murid-murid. Kumpulan sokongan ibubapa, guru-guru, dan pihak yang berkaitan dapat menjalankan pelbagai aktiviti bersama murid di sini.
  1.   Sudut “Art Studio”
Sudut disediakan untuk murid-murid yang berminat belajar seni bersama guru atau duta kumpulan sokongan ibu bapa. Sudut ini sering digunakan untuk menyediakan keceriaan PSS.
  1.       Bilik Bahan Bantu Mengajar
Perkhidmatan ini disediakan khas kepada semua guru sebagai bilik untuk koleksi pelbagai jenis bahan bantu mengajar. Guru diberi kemudahan meminjam setiap jenis BBM dan perlu dipulangkan pada hari yang sama. Buku rekod disediakan bagi tujuan mencatat jumlah BBM yang dipinjam dan tarikh BBM dipulangkan. Setiap guru diberi peluang menggunakan perkhidmatan ini sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Antara ruangan yang disediakan seperti:
  1. Koleksi carta, jadual, dan pelbagai bahan bantu
  2. Pinjaman BBM/BBB
  3. Koleksi peralatan membina bahan bantu seperti mesin leminate, polesterina cutter, kad, kamus
  4. Ruangan penghasilan bahan
  1.       Bilik Operasi
Bilik operasi digunakan untuk perbincangan, perjumpaan dan operasi seharian PSS oleh AJK PSS SJKC Choong Wen.


  1.       Bilik Rakaman / Chromelab
Perkhidmatan Chromelab digunakan oleh murid dan guru sebagai bilik media. Perkhidmatan ini amat bermanfaat kepada murid untuk menggunakan Chromebook sebagai bahan bantu belajar. Murid diberi kemudahan menggunakan Chromebook untuk mengakses FrogVLE dan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Perkhidmatan ini dibuka pada setiap waktu rehat dan selepas waktu persekolahan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Chromelab juga memperuntukan perkhidmatan kepada guru dari segi:
  1. Pengajaran menggunakan ICT dalam pembelajaran murid.
  2. Mempunyai bahan bantu mengajar seperti komputer, LCD dan Speaker.
  3. Dilengkapi dengan Chromebook yang mampu menampung penggunaan lebih daripada  50 orang murid.
  4. Menjalankan “Connected Classroom” dengan sekolah-sekolah dalam dan luar negara.
  5. Merakam sesi pengajaran dan pembelanjaran untuk perkongsian pintar.
  6. Memberi pinjaman alat-alat pandang dengar kepada para guru dan pelajar.  Koleksi alat-alat pandang dengar ini perlu juga dikatalogkan.  Guru BBM hendaklah menyediakan katalog-katalog alat dan mengedarkannya supaya berada dalam pengetahuan guru-guru mengenai kemudahan-kemudahan yang boleh didapati dan digunakan. Setiap penggunaannya hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod Penggunaan Bahan Bantu Mengajar.  Rekod ini adalah sangat penting bagi mengesan alat-alat yang telah dipinjam.  Bengkel pembinaan alat atau media kos rendah perlulah diadakan bagi menambahkan koleksi bahan.  Antara bahan/media kos rendah yang boleh dibuat ialah seperti peta, carta, tranparensi OHP,pita slaid dan sebagainya.
Bagi menjamin perkhidmatan yang berterusan, guru BBM perlu menentukan semua alatan di “service” dari masa ke semasa.  Stok alat-alat ganti seperti mentol, bateri dan sebagainya hendaklah sentiasa ada untuk digunakan apabila perlu.
  1.    Bilik Stemlab
Perkhidmatan ini mula diwujudkan pada tahun 2016. STEMLAB merupakan jalinan pembelajaran antara guru dan murid. Perkhidmatan ini merupakan Pusat Pembelajaran ke arah Abad ke-21. Melalui perkhidmatan ini, murid berpeluang untuk menerokai pembelajaran secara alam maya di mana murid melakukan pembelajaran hands-on yang menjalinkan ilmu Sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
  1.     BILIK TMK
Perkhidmatan ini disediakan sebagai bilik komputer kepada murid dan guru. Perkhidmatan ini memperuntukkan set komputer dan alat audio untuk setiap murid. Perkhidmatan ini dilengkapi dengan kemudahan seperti:
  1. Akses internet 1Bestarinet (20 buah komputer)
  2. Koleksi CDRI
  3. Pameran bertema
  4. Internet tanpa wayar
  1. BILIK SAINS
Perkhidmatan bilik Sains digunakan pada waktu pengajaran subjek Sains. Di dalam bilik ini dengan pelbagai jenis koleksi buku Sains, bahan maujud dan sebagainya.  Bilik sains ini mempunyai :
  1. Meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi manakala meja murid pula sesuai untuk melakukan eksperimen.
  2. Meja dan kerusi mudah alih agar ruang bilik sains dapat disesuaikan untuk P&P sains.
  3. Bahagian belakang bilik sains – almari untuk simpan alat dan bahan sains yang tidak berisiko tinggi (cth: bikar plastik)
  4. Sekitar bilik sains – poster, carta, model dan hasil kerja murid dipamerkan.
  5. Terdapat sudut sains, sudut pameran, sudut bacaan.
  1. BILIK RBT
    1. Bahan bantu dan peralatan mengajar Kemahiran Hidup
    2. Ruang Bengkel
    3. Pameran bertema
  2. BILIK MUZIK
Perkhidmatan ini diwujudkan untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran subjek muzik. Bilik ini dilengkapi dengan pelbagai alat muzik seperti rekoder, piano, guitar dan sebagainya. Perkhidmatan ini juga digunakan di luar persekolahan iaitu kelab muzik sekolah pada waktu petang. Ini bertujuan memudahkan murid berlatih bermain alat muzik pada waktu senggang.
  1. BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
    1. Sistem fail
    2. Info kaunseling
    3. Koleksi bahan bacaan
    4. Pameran bertema

  1. BILIK TARIAN
Perkhidmatan ini disediakan untuk murid-murid yang mengikuti kelab tarian sekolah. Murid boleh menggunakan bilik tarian pada hari Rabu untuk menghadiri kokurikulum kelab tarian.
  1. BILIK PANCARAGAM
Perkhidmatan ini disediakan untuk murid-murid yang mengikuti kelab Pancaragam sekolah. Murid boleh menggunakan bilik tarian pada hari untuk berlatih bermain alat muzik untuk pertandingan pancaragam sekolah. Bilik ini hanya akan dibuka selepas waktu persekolahan untuk tujuan latihan.
  1. BILIK ARKIB SEKOLAH
Perkhidmatan ini disediakan untuk mengumpul semua koleksi kecemerlangan dan pencapaian sekolah sejak sekolah ditubuhkan. Ini bertujuan untuk mempamerkan kecemerlangan murid-murid dan guru yang telah mengharumkan nama sekolah. Dalam bilik ini juga mempunyai ruangan bagi koleksi bahan arkeb sumbangan guru murid dan koleksi karya murid dan guru.
  1. BILIK RAWATAN GIGI
Perkhidmatan ini disediakan khas untuk kemudahan pihak kesihatan menjalankan rawatan gigi kepada murid-murid sekolah. Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan seperti meja, peralatan rawatan dan ruangan yang agak besar untuk memudahkan proses rawatan gigi. Perkhidmatan ini mengandungi :
  1. Kemudahan rawatan kecemasan
  2. Kemudahan bilik untuk operasi Jabatan Kesihatan
  3. Pameran Bertema
  1. BILIK KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA
Perkhidmatan Reprografi
Perkhidmatan ini disediakan untuk percetakan, memuat turun maklumat digital dan membuat salinan bahan.

Perkhidmatan Akses Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk mengakses maklumat menggunakan kemudahan Internet atau Intranet.

PERKHIDMATAN KHAS
Perkhidmatan ini sama pentingnya dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain di Pusat Sumber Sekolah.  Guru Perkhidmatan Khas boleh mengumpul sebanyak mungkin maklumat-maklumat dalam pelbagai bidang ilmu.  Maklumat-maklumat ini boleh didokumentasikan, dicetak dalam bentuk risalah, dikatalog dan diletakkan dalam Pusat Sumber Sekolah.  Antara aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan oleh perkhidmatan ini ialah menganjurkan majlis ceramah dan juga demonstrasi seperti tokoh-tokoh sejarah dan pakar-pakar dalam bidang tertentu.

WAKTU PERKHIDMATAN
Pusat  Sumber Sekolah sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan terutama pada waktu-waktu yang telah ditetapkan sama ada melalui tempahan, jadual penggunaan yang diatur dan sebagainya.



*********************************************************************************

RUJUKAN SUMBER DARIPADA PORTAL PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN BTP